Wednesday 17 July 2013

Puasa...

Diam tak diam dah 8 hari puasa. Alhamdullillah, Kakak setakat hari ni masih berpuasa walaupun tak berapa sihat. Teman pesan kat dia, kalau tak larat bukak je puasa, sebab belum lagi wajib atas dia. Abang pulak dah 4 hari puasa, 2 hari pertama tu semangat dia puasa, hari ke-3 seterusnya dah taknak sebab dia penat katanya. Tp hari Ahad lepas puasa balik sebab dia nampak Coke dalam fridge, teman cakap coke tu untuk orang puasa je, terus dia pose. Anak2 teman ni jarang dpt minum air gas (soft drinks) kalau dpt peluang memang deme tak lepaskan. Maka puasa la si Abang semata-mata nak coke. Takpe la, bagi dia berlatih pose. Lepas tu tak nak pose balik sebab Abang dahaga la... tp semalam pose balik, yang ni teman tak pasti betul ke tak dia pose, sebab tak bangun sahur lepas tu hantor pegi tadika, bila teman amik dia petang smlm, dia claim dia pose. Percaya je la, sbb baya2 Abang ni belum pandai sgt nak menipu, lagipun dia nampak slow je. Abang cakap dia  nak ...kuasa banyak2, sebab abang nak kepala banyak2... Aishh!!!.... dah bunyik cam diktator je... hehehe, sebenornya dia nak puasa byk2 sebab nak pahala byk2....

Banyak betul kebaikan berpuasa ni, teman cakap kat Anne, patutla bln pose ni org cakap bulan penuh ketenangan. Apa idoknya, kalau hari cuti teman terkejor ngemas rumah, nak masak lagi dsb. Tp bln pose tak sgt, ngemas rumah pun lebih kurang je sbb tahap sepahnya kurang sbbnya bebudak pose maka deme keletihan, duk diam2 dpn tv lepas tu lelap, bangun tgk tv, lelap balik. Takdenya adegan2 main kubu2 guna kusyen kerusi, main lari2 dlm rumah, baling2 toys... masak pun tak payah terkejor2, bfast dah skip, lunch dah skip, cuma masak utk berbuka je. Tenang betul teman bulan pose ni.

Sebenornya teman bangga ngan anak2 teman sbb deme mudah nak berpose, compare ngan teman dulu darjah 3 baru belajor pose, tu pun celang celup, ingat lagi penah selamba teman makan ais kepal kat sekolah tanpa sikit pun rasa malu dan bersalah... hehehe... Ni teman nak kongsi artikel pasal latih anak berpuasa dr JAIS:
 
Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan

 
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.

Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.

Seorang penyair berkata, maksudnya:

Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.
Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...
Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.
Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa

No comments:

Post a Comment