Wednesday 17 July 2013

Puasa...

Diam tak diam dah 8 hari puasa. Alhamdullillah, Kakak setakat hari ni masih berpuasa walaupun tak berapa sihat. Teman pesan kat dia, kalau tak larat bukak je puasa, sebab belum lagi wajib atas dia. Abang pulak dah 4 hari puasa, 2 hari pertama tu semangat dia puasa, hari ke-3 seterusnya dah taknak sebab dia penat katanya. Tp hari Ahad lepas puasa balik sebab dia nampak Coke dalam fridge, teman cakap coke tu untuk orang puasa je, terus dia pose. Anak2 teman ni jarang dpt minum air gas (soft drinks) kalau dpt peluang memang deme tak lepaskan. Maka puasa la si Abang semata-mata nak coke. Takpe la, bagi dia berlatih pose. Lepas tu tak nak pose balik sebab Abang dahaga la... tp semalam pose balik, yang ni teman tak pasti betul ke tak dia pose, sebab tak bangun sahur lepas tu hantor pegi tadika, bila teman amik dia petang smlm, dia claim dia pose. Percaya je la, sbb baya2 Abang ni belum pandai sgt nak menipu, lagipun dia nampak slow je. Abang cakap dia  nak ...kuasa banyak2, sebab abang nak kepala banyak2... Aishh!!!.... dah bunyik cam diktator je... hehehe, sebenornya dia nak puasa byk2 sebab nak pahala byk2....

Banyak betul kebaikan berpuasa ni, teman cakap kat Anne, patutla bln pose ni org cakap bulan penuh ketenangan. Apa idoknya, kalau hari cuti teman terkejor ngemas rumah, nak masak lagi dsb. Tp bln pose tak sgt, ngemas rumah pun lebih kurang je sbb tahap sepahnya kurang sbbnya bebudak pose maka deme keletihan, duk diam2 dpn tv lepas tu lelap, bangun tgk tv, lelap balik. Takdenya adegan2 main kubu2 guna kusyen kerusi, main lari2 dlm rumah, baling2 toys... masak pun tak payah terkejor2, bfast dah skip, lunch dah skip, cuma masak utk berbuka je. Tenang betul teman bulan pose ni.

Sebenornya teman bangga ngan anak2 teman sbb deme mudah nak berpose, compare ngan teman dulu darjah 3 baru belajor pose, tu pun celang celup, ingat lagi penah selamba teman makan ais kepal kat sekolah tanpa sikit pun rasa malu dan bersalah... hehehe... Ni teman nak kongsi artikel pasal latih anak berpuasa dr JAIS:
 
Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan

 
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.

Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.

Seorang penyair berkata, maksudnya:

Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.
Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...
Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.
Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa

Wednesday 10 July 2013

Rotan yang hilang...


Seumur hidup teman, penah sekali je teman kena rotan ngan mak teman. Teman ngan adik teman Kor, memang tak dipukul, hukuman yang kami selalu dapat ialah bebelan mak yang amat sukar untuk berhenti, hadap je la. Tapi ada satu hari ni, teman dgn Kor pegi main lecah kat belakang rumah lepas ujan, sedap benor main sampei terlajak sampai ke patio (beranda ke? tp tingkat bawah) rumah. Siap buat slide dari satu hujung ke satu hujung, tengah2 gelak sakan, mak datang bawak pembaris panjang yg orang buat menjahit tu. Nampok je mak datang, teman ngan Kor mencicit lari masuk rumah dengan kaki penuh lecah. Apa lagi, kena libas la kaki teman. Idok la kuat sangat, tapi teman meraung macam kena cemeti bunyinya. Kor pulak sempat lari nyorok bawah katil, dia terselamat sebab mak tak kuasa membongkok cari dia bawah katil. Sejak dari tu, teman dah tak main lecah dah. Teman pun lebih pikir panjang sblm buat sesuatu takut mak ngamuk, tapi budak kecik pikir panjang, panjang mana la sangat. Tapi itu la yang pertama dan terakhir teman kena hukuman rotan sebab bueh. Bapak tak spank anak2 sebab dia takut dia tak boleh kontral tahap mana kekuatan yang perlu, tapi kalau setakat dgr bapak tengkin, meraung2 nangis, kalau dia jegil mata pun teman dah lari masuk bilik.

Nak jadi cerita, teman pun jarang pukul anak. Teman lebih kepada kaedah grounded atau kalau hukuman pantas, ialah jentik masa deme kecik2 dulu. Sekarang ni teman pukul kaki deme dgn tangan, tapi orang cakap jangan pukul guna tangan dan jangan pukul atas dari pinggang. Teman pukul kat tgn deme, tapi memang jarang sgt la, dan teman tau tak menyakitkan sbb tangan teman pun tak sakit. Sampaikan Abang selalu cakap "tak sakit pun..."  Teman lebih kepada teknik mak teman, membebel berjam2 sampai deme terkebil2... hehe. Tapi sekarang ni teman rasa deme dah tak kisah dengan pukulan manja teman, lepas kena spank boleh sambung main mcm tak terkesan pun dengan hukuman tu. Atas kata2 PakTeh, dia penah cakap kalau nak disiplin anak dengan  rotan masa kecik la masanya, takkan dah besor baru nak rotan, burok rupanya dan deme pun dah ada perasaan malu dan memberontak.

Atas kata2 hikmah PakTeh tu, teman pun beli la rotan satu, depan2 deme teman beli. Apa lagi merayu2 Kakak ngan Abang " janganla beli... tolong jangan la beli mama...", sambil buat muka kesian "Kitorang janji kitorang tak naughty dah" ... perghh... sedapnya deme berjanji, teman senyum je, tokey tu siap gelak dengor bebudak ni merayu2.

Memang rotan ni berguna betul, teman angkat je rotan terus toys yang bersepah disimpan rapi. Angkat je rotan, terus buat homework, angkat je rotan terus gi solat. Angkat je rotan, abis sayur dimakan. Penah sekali je teman guna rotan tu kat Abang sebab dia baling toys kat teman tanda protes, teman rotan tapak tangan dia. Sejak tu dia dah tak berani nak ngamuk2 baling toys kat teman. Amat berkesan betul rotan ni, sebab nampak je teman pegang rotan, terus behave... best2.  Itulah yg first dan last teman guna rotan untuk hukum deme.

Beberapa hari lepas, rotan tu dah hilang. Teman carik merata2 tak jumpa rotan tu, teman suruh bebudak carik, diorang buat tak tau je, bila kena marah diorang carik lebih kurang. Teman offer reward sapa jumpa rotan teman bagi RM5, padahei harga rotan tu RM1 je. Takde sambutan langsung... tapi teman dapat rasakan yang rotan tu hilang sebab ada orang yang sorok atau buang. Orang yang disyaki ada 2 je, Kakak atau Abang je atau konspirasi deme berdua. Takpe, nanti teman beli rotan byk2, hilang satu, teman keluarkan satu.




Sunday 7 July 2013

Baby baru...

Jumaat lepas, teman dapat panggilan daripada Che Su, mak sedare hubby bgtau yang biras teman baru bersalin, baby girl. Masa tu teman kat opis, memang takde le cara nak pegi visit. Petang tu hubby amik teman kat opis, kononnya terus pegi spital tapi silap la nak keluar KL hari Jumaat memang jem giler. Abis semua manusia kat KL ni nak balik kampung gamaknya, berpusing2 dalam KL tak keluor2. Last2 sampai spital dkt Off Jalan Klang Lama tu kul 10pm itu pun pegi ambik anakanda2 dulu sebab OT deme ni mahei la jugak.

Sampai2, deme terus bawak baby Luv, nama panggilan dulu sbb takde nama lagi (no comment... hehe). Gerammya teman tengok baby yang merah2 ni, dengan tembamnya, rambut lebat, muka square lak tu. Ikut kan hati teman rasa nak picit2 babyLuv ni. Abang pun geram, asyik duk tengok je, nak pegang le. Macam2 Abang komen, Abang cakap babyLuv ni baby baru, Adik baby lama, lepas tu bila babyLuv jelir2 lidah macam nak minum susu, Abang boleh tanya teman .."Mama, baby ni ejek Abang ke?"... hahaha...  macam2 statement Abang. Kakak tak banyak cakap, dia asyik je tengok babyLuv. Ishh... tengok baby2 baru lahir ni memang teman teringin nak anak lagi. Tapi mikirkan betapa mencabarnya mengandungkan anak2 especially si Adik ni, teman tak sure teman boleh hadap lagi. Maklumla masa mengandungkan Adik teman 37 tahun dah asyik sakit2 badan je, macamana la kalau mengandung umor 40an. Lepas bersalinkan Adik, ada complication lak, operate lagi. Hadoiii...  sakitnya tah hengatt masa tu. Lagipun, cabaran teman bukan setakat cabaran fizikal je tapi jugak emosi, mental, kewangan dan sebagainya. Anyway, kalau teman nak lagi pun dah tak boleh, sebab dah kena ikat... dah buat tubal ligation. Doktor cadangkan sbb 3 kali Caesarian, seeloknya ikat sebab scar (parut??). Teman asalnya tak nak ikat tapi risau jugak faktor kesihatan kalau pregnant lagi, so doktor suggest biar dia tengok dulu, kalau keadaan scar tu teruk baru dia ikat. Maknanya parut teman dah teruk la kot.

Pernah teman terpikir pasal ibu tumpang. Boleh tak orang Islam guna ibu tumpang?, teman surf kat internet, cari soal jawab agama. Akhirnya teman jumpa dalam laman web Jakim (www.e-fatwa.gov.my)

Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Ketidaktentuan nasab merupakan aspek yang paling besar dalam kelahiran seorang bayi yang dikandung oleh ibu tumpang. Seorang ibu tumpang berbangsa Inggeris berkulit putih misalnya boleh melahirkan seorang bayi yang berbangsa negro yang berkulit hitam atau sebaliknya.
     
  2. Perkembangan dunia perubatan di bidang teknologi rawatan kesuburan bagi membantu reproduksi walaupun banyak memberi manfaat namun ternyata boleh menyebabkan kecelaruan sistem kekeluargaan dan keturunan. Melalui khidmat ibu tumpang, bayi yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung hubungan darah dengan ibu tumpangnya kerana telur dan sperma adalah milik orang lain.
     
  3. Setakat ini tiada undang-undang yang jelas menyekat kaedah rawatan ketidaksuburan (infertility treatment) yang menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.
     
  4. Di beberapa negara Eropah kadar permintaan menggunakan khidmat ibu tumpang semakin meningkat dan dikhuatiri fenomena ini akan menular di negara ini.
     
  5. Selain daripada kaedah ibu tumpang ini, terdapat juga kaedah perubatan yang menggunakan air sum-sum tulang belakang bagi membantu pasangan suami isteri yang yang kurang subur, mandul atau gagal memperolehi anak melalui kaedah semula jadi.
     
  6. Kaedah-kaedah perubatan yang diperkenalkan oleh Barat ini secara perlahan-lahan telah berjaya mempengaruhi masyarakat bahawa status ibu kepada bayi tidak semestinya disandang oleh wanita yang mengandung dan melahirkan, begitu juga status bapa tidak semestinya lelaki yang menyumbang benih atau menjadi suami kepada wanita yang mengandungkan bayi daripada darah dagingnya

Bila baca fatwa ni, teman kena carik istilah nasab dan kena fahamkan apa maksud nasab. Sebab selama ini teman ingat nasab ni keturunan seseorang, kalau ikut logik akal manusia mcm teman kalau dah benih suami isteri maka nasab kepada pasangan tu la, ibu tumpang tak kena mengena sebab dia berfungsi sebagai inkubator la dan dibayar. Konsepnya macam Abu beli bahan2 buat kek, Ani buat bancuhan kek tersebut tapi bakar kek kena sewa oven orang lain. Bagi logik akal layperson cam teman ni, kek tu tetap hak milik Abu dan Ani kan? kan? takde yang nak dikelirukan. TAPI,  bila bab2 agama ni kita tak boleh nak buat andaian sesimple yang teman buat ni, banyak mende lain yang perlu dipertimbangkan. Lagipun, bila mengandung akan wujud satu naluri dalam ibu yg pregnant tu, naluri kasih sayang terhadap bayi yang dikandungkan. So, tak boleh la nak samakan kek ngan baby kan? kan? Anyway, nanti teman nak carik istilah nasab keturunan menurut Islam untuk teman lebih memahami hukum fatwa di atas.

Maka tak boleh la teman guna ibu tumpang hehe... alah.. kalau boleh pun, macam la ada duit nak bayor ibu tumpang ni. Mahei rasanya, sbb tu celebrity2 Hollywood je mampu kot, ke deme je yg suka bercerita kat suratkabor? compare ngan org2 biasa. Kalau IVF pun belas2 ribu utk satu prosedur, inikan ibu tumpang. Kena tanggung deme selama 9 bulan pregnant tu, kos bersalin tanggung, mesti bersalin kat swasta takkan kat gomen kot,  kos berpantang pun tanggung, tak masuk lagi bayar fee??upah?? sewa??, teman tak tau apa istilah bayaran deme ni. Cer kira sikit, prosedur IVF dan check-up RM30K (sumber dari sahabat dan sedare yang pernah buat IVF) itu pun kalau prosedur jadik, kalau kena buat berkali2, berkali2 la kosnya. Bersalin c-sect kat swasta RM10K, kos pantang nak byr confinement lady selama sebulan RM4K, fee deme katakan RM10K, makan minum utk tumbesaran baby dlm perut selama 9 bulan dan dalam pantang, RM5K (ok ke?). Totalnya 30+10+4+5 = RM49K... haishhh... lepas tu baby minum ayor teh je le.... hehe...

Teman cakap kat hubby, ibu tumpang difatwakan haram takleh dpt anak lagi, tau apa jawapan hubby "apa lak nak susah2 carik ibu tumpang, papa boleh carik ibu betul lagi... memang halal".... hmmm.. rasa macam nak mengaum lak teman dengor...

Untuk babyLuv, be a good muslimah, anak yang solehah, dan tergolong dalam golongan Ulul Albab..