Sunday 7 July 2013

Baby baru...

Jumaat lepas, teman dapat panggilan daripada Che Su, mak sedare hubby bgtau yang biras teman baru bersalin, baby girl. Masa tu teman kat opis, memang takde le cara nak pegi visit. Petang tu hubby amik teman kat opis, kononnya terus pegi spital tapi silap la nak keluar KL hari Jumaat memang jem giler. Abis semua manusia kat KL ni nak balik kampung gamaknya, berpusing2 dalam KL tak keluor2. Last2 sampai spital dkt Off Jalan Klang Lama tu kul 10pm itu pun pegi ambik anakanda2 dulu sebab OT deme ni mahei la jugak.

Sampai2, deme terus bawak baby Luv, nama panggilan dulu sbb takde nama lagi (no comment... hehe). Gerammya teman tengok baby yang merah2 ni, dengan tembamnya, rambut lebat, muka square lak tu. Ikut kan hati teman rasa nak picit2 babyLuv ni. Abang pun geram, asyik duk tengok je, nak pegang le. Macam2 Abang komen, Abang cakap babyLuv ni baby baru, Adik baby lama, lepas tu bila babyLuv jelir2 lidah macam nak minum susu, Abang boleh tanya teman .."Mama, baby ni ejek Abang ke?"... hahaha...  macam2 statement Abang. Kakak tak banyak cakap, dia asyik je tengok babyLuv. Ishh... tengok baby2 baru lahir ni memang teman teringin nak anak lagi. Tapi mikirkan betapa mencabarnya mengandungkan anak2 especially si Adik ni, teman tak sure teman boleh hadap lagi. Maklumla masa mengandungkan Adik teman 37 tahun dah asyik sakit2 badan je, macamana la kalau mengandung umor 40an. Lepas bersalinkan Adik, ada complication lak, operate lagi. Hadoiii...  sakitnya tah hengatt masa tu. Lagipun, cabaran teman bukan setakat cabaran fizikal je tapi jugak emosi, mental, kewangan dan sebagainya. Anyway, kalau teman nak lagi pun dah tak boleh, sebab dah kena ikat... dah buat tubal ligation. Doktor cadangkan sbb 3 kali Caesarian, seeloknya ikat sebab scar (parut??). Teman asalnya tak nak ikat tapi risau jugak faktor kesihatan kalau pregnant lagi, so doktor suggest biar dia tengok dulu, kalau keadaan scar tu teruk baru dia ikat. Maknanya parut teman dah teruk la kot.

Pernah teman terpikir pasal ibu tumpang. Boleh tak orang Islam guna ibu tumpang?, teman surf kat internet, cari soal jawab agama. Akhirnya teman jumpa dalam laman web Jakim (www.e-fatwa.gov.my)

Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Ketidaktentuan nasab merupakan aspek yang paling besar dalam kelahiran seorang bayi yang dikandung oleh ibu tumpang. Seorang ibu tumpang berbangsa Inggeris berkulit putih misalnya boleh melahirkan seorang bayi yang berbangsa negro yang berkulit hitam atau sebaliknya.
     
  2. Perkembangan dunia perubatan di bidang teknologi rawatan kesuburan bagi membantu reproduksi walaupun banyak memberi manfaat namun ternyata boleh menyebabkan kecelaruan sistem kekeluargaan dan keturunan. Melalui khidmat ibu tumpang, bayi yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung hubungan darah dengan ibu tumpangnya kerana telur dan sperma adalah milik orang lain.
     
  3. Setakat ini tiada undang-undang yang jelas menyekat kaedah rawatan ketidaksuburan (infertility treatment) yang menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.
     
  4. Di beberapa negara Eropah kadar permintaan menggunakan khidmat ibu tumpang semakin meningkat dan dikhuatiri fenomena ini akan menular di negara ini.
     
  5. Selain daripada kaedah ibu tumpang ini, terdapat juga kaedah perubatan yang menggunakan air sum-sum tulang belakang bagi membantu pasangan suami isteri yang yang kurang subur, mandul atau gagal memperolehi anak melalui kaedah semula jadi.
     
  6. Kaedah-kaedah perubatan yang diperkenalkan oleh Barat ini secara perlahan-lahan telah berjaya mempengaruhi masyarakat bahawa status ibu kepada bayi tidak semestinya disandang oleh wanita yang mengandung dan melahirkan, begitu juga status bapa tidak semestinya lelaki yang menyumbang benih atau menjadi suami kepada wanita yang mengandungkan bayi daripada darah dagingnya

Bila baca fatwa ni, teman kena carik istilah nasab dan kena fahamkan apa maksud nasab. Sebab selama ini teman ingat nasab ni keturunan seseorang, kalau ikut logik akal manusia mcm teman kalau dah benih suami isteri maka nasab kepada pasangan tu la, ibu tumpang tak kena mengena sebab dia berfungsi sebagai inkubator la dan dibayar. Konsepnya macam Abu beli bahan2 buat kek, Ani buat bancuhan kek tersebut tapi bakar kek kena sewa oven orang lain. Bagi logik akal layperson cam teman ni, kek tu tetap hak milik Abu dan Ani kan? kan? takde yang nak dikelirukan. TAPI,  bila bab2 agama ni kita tak boleh nak buat andaian sesimple yang teman buat ni, banyak mende lain yang perlu dipertimbangkan. Lagipun, bila mengandung akan wujud satu naluri dalam ibu yg pregnant tu, naluri kasih sayang terhadap bayi yang dikandungkan. So, tak boleh la nak samakan kek ngan baby kan? kan? Anyway, nanti teman nak carik istilah nasab keturunan menurut Islam untuk teman lebih memahami hukum fatwa di atas.

Maka tak boleh la teman guna ibu tumpang hehe... alah.. kalau boleh pun, macam la ada duit nak bayor ibu tumpang ni. Mahei rasanya, sbb tu celebrity2 Hollywood je mampu kot, ke deme je yg suka bercerita kat suratkabor? compare ngan org2 biasa. Kalau IVF pun belas2 ribu utk satu prosedur, inikan ibu tumpang. Kena tanggung deme selama 9 bulan pregnant tu, kos bersalin tanggung, mesti bersalin kat swasta takkan kat gomen kot,  kos berpantang pun tanggung, tak masuk lagi bayar fee??upah?? sewa??, teman tak tau apa istilah bayaran deme ni. Cer kira sikit, prosedur IVF dan check-up RM30K (sumber dari sahabat dan sedare yang pernah buat IVF) itu pun kalau prosedur jadik, kalau kena buat berkali2, berkali2 la kosnya. Bersalin c-sect kat swasta RM10K, kos pantang nak byr confinement lady selama sebulan RM4K, fee deme katakan RM10K, makan minum utk tumbesaran baby dlm perut selama 9 bulan dan dalam pantang, RM5K (ok ke?). Totalnya 30+10+4+5 = RM49K... haishhh... lepas tu baby minum ayor teh je le.... hehe...

Teman cakap kat hubby, ibu tumpang difatwakan haram takleh dpt anak lagi, tau apa jawapan hubby "apa lak nak susah2 carik ibu tumpang, papa boleh carik ibu betul lagi... memang halal".... hmmm.. rasa macam nak mengaum lak teman dengor...

Untuk babyLuv, be a good muslimah, anak yang solehah, dan tergolong dalam golongan Ulul Albab..

No comments:

Post a Comment