Hari raya...
hmm... raya tahun ni memang confirmed la raya untuk kanak-kanak je. Teman tak
enjoy sangat raya tahun ni. Apa idoknya, balik kampong teman tak sampei 24 jam,
singgah je. Sampei umah Chik teman kul 3.30 am, tido jap. Lepas solat raya,
kalut bergambor then pegi umah Yang, nasib baik sempat merasa ketupat daun
palas Yang, sedapnya. Tapi tak pueh makan, maklumla raya pertama, perut tak
semiyak lagi, tapi sempat jugakla nyumbat 5-6 butir ketupat (untuk makluman,
ketupat Yang buat kecik2 je). Lepas tu, pegi umah Chor, makan lemang. Biasa la,
raya kat Kuale ni, biasanya first raya, orang jamu lemang ngan ketupat je, raya
ke-2 dan seterusnya la baru ada makan special beriyani ke, mee rebus ke, nasi
tomato ke.. dll.
Anak teman si
Abang tu, dah perut melayu mintak nak makan nasi. Mana nak carik nasi putih kat
kuale ni raya pertama. Nyaris la, lepas pegi umah Chor, teman singgah umah
Arwah Nyah.. ada la nasi ayam, ini tradisi umah Nyah.. Dia dah takde, anak dia
si Paiz lak yang masak. Sedap la jugak (compare ngan teman masak) tapi belum
sampai taraf arwah abahnya. Pueh hati Abang dapat makan nasi, siap bertambah
lagi. Lepas umah Nyah, ingat nak nyinggah umah Alang (adik arwah bapak) tapi
tak nyinggah pun, sebab hubby nak balik Kelantan jugak hari yang sama. Balik
umah Chik, siap2 beg apa yang patut, sempat paw lemang, rendang daging ngan
ayam Chik sikit bawak balik Kelantan. Lepas Isyak terus bertolak. Sedih teman,
mentang2 la teman ni dah takde mak bapak, kampong teman sekadar transit je. Itu
pun, nyaris teman dapat round umah adik
beradik, ikutkan plan hubby lepas solat raya terus nak balik kampong dia.
Ater, dah
bertolak malam... ngantuk la kan? Elok la pulak, sepanjang perjalanan ke
Kelantan tu ujan, drive slow je sbb jalan licin. Siap nyinggah kat tepi surau
mana ntah, tido la dlm 2 jam, dari 5 jam perjalanan jadi 8 jam perjalanan,
sampai umah Tokma lagi 5 minit nak azan Subuh, dah masuk raya ke-2. Baik tido
kat kuale je, bertolak lepas subuh sampai jugak raya ke-2, rehat pun cukup,
letih pun kurang, masa pun jimat, bontot
teman pun tak sakit duduk berjam2 dlm kete.
Beraye kat
Kelantan pun tak ke mana, pegi umah pak ngan mak sedare hubby je. Ndak jugak
teman pegi umah mentua Syida kt KB sbb dia beraye kt Kelantan dulu baru balik
Perak, umah colleague teman kat pasir mas, ex-boss kat kubang kerian tapi hampeh semua tak pegi. Sebab jem teruk sgt,
umah Tokma betul2 depan jalan utama nak ke KB, nak keluar pagor umah pun tak
boleh, ini kan nak beraya. Jadinya, teman duk umah je la, main basuh2 pinggan
mangkuk, dan main masak2 sorang2. Bila takde orang teman layan tv, nak tengok
teman tengok citer melayu, hanya di Kelantan sahaja ye... sbb takde astro dan
deme rajin layan drama melayu. Tapi teman tengok yg lawak2 je dan citer kanak2
je... kalau citer sedih teman malas nak tengok takut terlebih emo, mau teresak2
teman nangis pulak, macam teman pun dalam drama tu.
Yang nyatanya
anak-anak teman memang enjoy abis raya ni, banyak deme dapat duit raya.
Berlumba2 ngan sepupu deme, Abang siap
mintak duit raya kat orang yang datang beraye kat umah, buat malu betul la. Dah
warning dah, jangan mintak, kalau orang bagi, kita terima tapi jangan sesekali
mintak sebab kita tak tau orang tu ada duit ke takde. Kalau ada ok la, kalau
takde tak ke pudor muka orang tu. Tapi, seperti biasa, ada dia pedulik kata2
nasihat bonda dia yang terchenta ni, ada la seminit dua dia ikut lepas tu
kembali asal. Kakak seperti biasa well behaved tapiiii.... dah jumpa sepupu
sepapat dia, solat pun terbang ke laut... tak ingatkan tak buat, before
balik raya teman dah ingatkan tetapi
melayu mudah lupa.... hehe..
Sorang lagi yang
betul2 enjoy raya tahun ni ialah my bitter half, ehh... better half... hehe. Udahh...
4 hari beraya kat kampong dia, memang Yak!.. Yak!.. Yey!.. la dia. Kat kampong
teman, dia tak boleh bebas buat apa saje, segan kat ipar duai kot. Segan sebb
abang2 ipar ngan anak2 sedare teman yang lelaki sama naik ke dapur buat kejer,
bancuh air la, basuh pinggan ke, macam Paiz siap masak lagi. Hubby tak selesa
la kot sbb dia kan lelaki melayu purba, mana nak buat kejer2 camni. Kat umah
mak dia, hambek ko... nak tido ke, nak bertapa kat dalam bilik air ke, takde
sapa kacau sebab orang semua sibuk melayan tetamu. Sampei kan, teman tak dapat
kesan dia ke mana.. kejap ada, kejap takde tapi manjang je takde nya. Memang
raya betul la... Apa yang dibuatnya ntah la... Adik2 dia nak carik dia tanya
teman... mana la teman tau. Jawapan standard teman, cer tengok kat mana2 bilik
air umah ni (umah Tokma ada 4 bilik air, tak masuk yang kat luar umah lagi).
Nasib baiklah, anak2 teman yang dua orang tu dah besor... pandai nak mandi,
bersihkan diri sendiri, kalau idok, jenuh jugak la teman sebab umah Tokma ni
ramei no orang datang. Adik mula2 je melekat ngan teman, tapi dah masuk hari
ke-2, dah ok dah... adik ipor teman SekNa rajin melayan, bagi mandi la dll.
Tima kasih ye.. SekNa. Nyaris le, teman terjumpa gak hubby masa nak pack2 balik
KL... hehe... kalau tak jumpa harusla teman drive balik kl sendiri.
Tapi ada
peristiwa yang mengkagumkan teman kat Kelantan, iaitu hubby tolong potong ayam.
Adik ipor teman beli 4 ekor ayam, tapi tak dipotong sbb penjual ayam takde
pisau... lawok tak alasannya? Apa punya xcuse la... teman memang takkan potong
ayam, sebab teman geli dgn ayam yang masih lengkap anggota badan, togel lak tu,
eiii... geli, teman nampak mcm haiwan mati bukannya lauk, ye la dgn mata ayam
yg tertutup tu, eeeii... Mintak mahap
byk2 la, mungkin bunyik cam ngengada tp itu la hakikatnya. Biasa teman beli
ayam dah siap potong 16, buang kaki, buang kepala, buang internal organ, buang
kulit.. last2 tinggal ciput je, hehehe... Berbalik kepada peristiwa hubby potong ayam
tu, tergezut Tokma, byk kali Tokma tanya boleh ke hubby potong ayam? Teman
jawab je la, boleh je... sebab masa dia mula2 masuk Giant Hypermarket dulu,
first month kena training potong ayam dan segala mak nenek training baru la
confirmed jadi executive. Teman sampai hari ni kagum dengan kesanggupan hubby
untuk menolong, wow!!! Betul la ... Miracle do happen...
Walaupun teman
tak enjoy raya ni, sekurang2nya ahli keluarga teman seronok.... tengok
anak-anak happy pun dah buat teman sengih, tau la bebudak ni bukannya reti nak
simpan perasaan. Kalau dapat duit raya besor, dan-dan tu melompat gumbira....
siap puji2 orang yang bagi. Nasib baik la deme tak komplen kalau dapat duit
kecik, deme tetap gembira tambah2 Abang yang tak tau nilai duit. Kakak ada
sekeping note RM10, dia ada 3 keping note RM1, Abang menang sebab Abang ada 3
keping, kakak ada 1 je. Sepupu2 dia pun pening nak explain yang duit biru
kecik2 tu nilainya kecik. Hajap pun idok dia paham, yang penting duit dia
banyak keeping.... hahaha...
Harapan teman,
tahun depan dapatla teman beraya 2 hari kat kuale, teman tak mintak banyak 2
hari je. Kalau tak dapat dua hari, at least dapat la 24 jam atau bermalam di
kampong teman... itu je permintaan teman. Nak duduk lama pun tak selesa jugak
sbb umah kakak2, deme ada ipar duai nak datang, deme pun nak pegi ziarah ipar
duai deme yang sebahagian besornya teman tak kenal. Takkan teman nak ngekor ke
hulu ke hilior. Teman nak kalau dapat beraya paling koman 1 hari di Kuale,
esoknya boleh la bertolak ke Kelantan ke, balik KL ke, bukannya sampai dan
balik hari yang sama. Teman nak meluangkan masa dengan family teman, perasaan
happy tu lain masa hari raya dgn hari biasa, tambah2 lagi masakan kakak2 teman
sesedap masakan arwah mak teman. Tersentuh tau hati teman ni... huhuhu... (mood
sedih ni)
Nota: susunan
gelaran adik beradik teman yg dipanggil oleh anak2 dan anak sedare teman. Bermula
dari yang sulung (pasangannya) dan seterusnya.
1.
Wan Yong (Ayah Yop)
2.
Ayah Nyah (Wan Nyah) –
meninggal dunia Ramadan last year
3.
Wan Yang (Ayah Yang)
4.
Wan Chor (Ayah Chor)
5.
Wan Chik (Pak Chik)
6.
Pak Teh (Mak Teh)
7.
Pak Chu (Wan Chu)
8.
Maksu (Paksu)
9.
Ayahchik (meninggal dunia tahun
2003)
Perasan tak lepas wan chik, gelaran dah berterabor sikit. Patutnya wan chik ngan ayah chik. Ada yang guna wan/ayah, ada yang guna mak/pak, dah caca marba sebb diorg tak expect teman ngan adik teman lahir selepas 15 tahun Pak Chu jadi anak bongsu... hehe.