Wednesday 7 November 2012

Anak..

Berlabun dengan anak-anak memang seronok, jawapan dan statement deme ni lawok, boleh tergolek-golek gelak. Kadang2 jawapan deme buat teman berpikir sejenak, deme ni muda, cara deme tengok dunia ni lain, perspektif deme lebih jujur takde bias pun, apa yg deme pikir itulah yang deme cakap.

Labun ni dari loghat Perak, maknanya sembang, bual, borak, conversation dan boleh jugak jadi kelentong tapi bergantung pada cara penggunaanya. Jadi blog ni akan ditulis dalam bahasa Melayu dengan selit loghat Perak dan English, sebenornya teman teringin nak tulis dlm English tapi mandangkan penguasaan bahasa tu agak lemah, maka biorlah teman dengan bahasa yang teman tahu. Andaikata satu hari nanti teman teringin nak guna English, nak minta maaf awal2 sbb agak tunggang langgang la. Bukannya apa, teman ni besor kat kampung, mak bapak pun belajor tak tinggi tapi lepas la 3M tu.. idok la teman guna English, kat sekolah pun camtu kecuali dlm kelas English, elokla pulak belajor kat UKM, universiti yang ditubuhkan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Lepas tu kejer pulak di kalangan orang Melayu, jadi amat2 la kurang guna English ni. Cuma lately ni je, kojer teman kena guna English sikit sebab ada client yg tak "selesa" guna bahasa kebangsaan walaupun deme ni lahir dan besor dan rakyat Malaysia...  Panjang lebor alasan teman naper English teman teruk...hehehe...

Berbalik pada anak-anak teman, ada tiga orang je... dah rezeki teman takat tu, bukannya taknok dah tapi tiga2 berbelah perut, dan yg last sekali ada complication pulak. Impian teman nak 4 anak,  2 laki 2 pompuan tak tercapai, tapi hubby kata dia boleh capai... hmmm... ada ati tu.. Bior teman introduce anak-anak teman:

1. Kakak - tahun depan 9 tahun umornya, tahun 3. Orangnya punya le byk cakap tak ghenti2, ada je mende nak cakap. Kalau arguing, kakak mesti say the last word..., kalau takde isu nak cakap, akan buat bunyi-bunyian. Kakak ni suka attention, extrovert, jauh beza benor dgn mama dan papa yang introvert ni. Kakak pernah jadi emcee masa konsert tadika dia, jadi emcee kat Jusco tapi 10 minit je la, tapi muka selamba je, kalau mamanya mau ngetor dari mula sampai abis. Kakak memang suka ke depan, suka org kenal dia bukan mcm papanya, kalau amik gambor mesti duk tang belakang sekali, kadang2 nampak dahi je... betul kan pa?

Kakak ni orgnya cerah, tembam, masa kecik2 dulu selalu org cakap dia ni anak cina. Pernah sekali teman bawa dia pegi playground, teman pakei ghebeh2 la, jeans ngan tshirt besor, tudung pun main ikat kat dagu je, org ingat teman ni bibik..

2. Abang - 5 tahun, amat2 la aktif dan amat2 la pelat. Dulu2 x suka bercakap, so, masa abang umor 4 tahun teman hantor la ke playschool, kot2 mahu dia bercakap dan hilang pelat. Abis playschool masuk tadika, memang byk cakap la tapi pelatnya tak hilang2. Mama dan papa manjang susah nak paham, kakak selalu jadi translator. Abang ni selamba, dia la byk keluarkan ayat2 lawok dan amat berterus terang tahap yang boleh menyebabkan mama dan papa kena jeling, mcm tak gheti jaga anak, haishh..

Abang orangnya kurus keding, mana taknya sentiasa on the move, berlari2 cuma dia sorg je tau tujuannya. Abang peminat kartun superhero tegar, ultraman, spiderman, ironman dan segala yang berakhir dgn ...man semua dia minat. Kadang2 boleh bertukar jadi superhero..

3. Adik - minggu depan masuk 1 tahun 3 bulan, my little princess. Tak gheti bercakap lagi, bunyi yg keluor dr mulut adik satu suku kata je, pa, ma, bi, ti. Pa dan ma tu teman tahu la refer kat sapa, bi dgn ti cuma adik je tau. Karektor adik tak tau lagi mcmmana tapi nampak gayanya mcm bengken je, mungkin sbb abang selalu kacau atau adik duk nursery so adik kena ada defensive mode.

Adik ni kecik je orangnya, tak mcm kakak dan abang masa baby dulu tembam. Mungkin sebab kakak dan abang dulu ada maid, yg manjang je bagi makanan kat deme. Lapor skit bg makanan, adik tak, dia duduk nursery makan ikut time. Sian adik...

kakak dan abang
adik
Itula serba sedikit pasal watak2 utama dlm blog ni.. Oh! ye.. pah tu derives from Opah iaitu nenek sebelah teman, tokma tu nenek sebelah hubby, org kelantan.

No comments:

Post a Comment